APAKAH ITU RAWATAN / TERAPI SONOTRON
Terapi sonotron adalah kaedah rawatan canggih di mana ianya bebas dari sebarang pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh juru terapi. Ia biasanya memberikan kesan serta merta kepada pesakit tanpa melibatkan penggunaan dadah, ubat-ubatan dan tiada kesan sampingan.
Rawatan ini telah dcipta sejak tahun 1987 lagi oleh Dr. Alfonso Di Mino di Amerika Syarikat.. kaedah ini telah di bawa masuk ke Malaysia sejak tahun 1994.
Ianya mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah di bahagian hand-held applicator iaitu dengan gelombang radio berfrekuensi rendah hanya 0.43mHz / 430kHz dan gelombang bunyi berfrekuensi rendah iaitu hanya 1kHzsahaja. Gabungan gelombang bunyi dan radio ini di namakan GELOMBANG KORONA.
Kaedah rawatan yang unik ini terbukti selamat untuk semua peringkat usia iaitu sejak usia bayi sehingga usia tua.
BAGAIMANA TERAPI SONOTRON DIKENDALIKAN
Terapi ini akan bertindak pantas dengan menyingkirkan radikal bebas yang berlebihan yang terdapat dalam sel yang bermasalah dan ia dapat mengurangkan kesakitan da simpton lain yang berkaitan. Setelah radikal bebas iini ditukarkan kepada oksigen dan air, sel yang sakit tadi berupaya untuk sembuh dengan sendiri secara semulajadi tanpa melibatkan ubat-ubatan.
Dalam aspek batuk dan kahakdan selsema.. (80% pesakit yang datang disebabkan masalah ini ), ia sangat membantu pesakit terutama bayi dan kanak-kanak kerana penggunaan ubat agak berisiko bagi mereka. Sonotron berupaya mencairkan kahak, ia juga multifunction iaitu mampu mengurangkan luka dan kegatalan di tekak. Kini, kebanyakan ibu bapa mahupun pesakit yang sudah mencuba kaedah ini, terus memilih kaedah ini untuk merawat, batuk, selsem dan kahak.
Namun rawatan ini bukanlah magic treatment adakala ia memerlukan beberapa kali rawatan untuk pulih sepenuhnya. Ianya boleh dicuba sebagai kaedah alternatif.
KENAPA PERLU MEMILIH KAEDAH TERAPI SONOTRON?
❤ Tidak menyakitkan
❤ Tiada sentuhan
❤ Kesan yang segera
❤ Terbukti berkesan oleh ramai pesakit
❤ Tanpa Ubat
❤ Tiada kesan sampingan
ANTARA PENYAKIT YANG BOLEH MENGGUNAKAN KAEDAH RAWATAN INI :
✔ Selsema
✔ Batuk / Sakit Tekak
✔ Bronkitis ( terutama kanak-kanak )
✔ Asma ( lelah )
✔ Gout
✔ Kayap/ Exzema/ Kudis
✔ Sakit Pinggang / Pinggul
✔ Sakit Bahu / Siku / lengan/ Jari
✔ Migrain
✔ Resdung
✔ Sakit Lutut
✔ Terseliuh
✔ Bengkak Pada TApak Kaki
✔ Luka
✔ Ulser
✔ Gastrik
✔ Masalah Kulit / Jerawat
✔ Angin Ahmar/ Stroke
✔ **Penyakit yang melibatkan keradangan dan urat saraf
GOLONGAN YANG DILARANG MEMBUAT RAWATAN
✘ Mereka yang memakai pacemaker atau mereka yang memakai bateri didalam jantung
✘ Meraka yang sedang memakai alat bantuan pernafasan ( oksigen )
✘ Wanita hamil
✘Meraka yang dimasukkan besi ( boleh membuat rawatan jika bukan dibahagian besi tersebut )
MASALAH YANG TIDAK BOLEH DIRAWAT DENGAN SONOTRON
Seperti kaedah rawatan yang lain, sonotron juga tidak berupaya membantu beberapa jenis penyakit yg dikategorikan sebagai:
✘ Penyakit yang berkaitan dengan masalah psikologi
✘ Kelainan pembentukan tulang
✘ Masalah hormon